SEBUAH helikopter milik jutawan Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha terhempas berhampiran stadium kelab bola sepak UK miliknya, Leicester City semalam.
Helikopter itu dilihat terbakar dalam satu gambar dirakamkan daripada telefon pintar dan seorang jurugambar di tempat kejadian ternampak asak daripada bangkai helikopter.
Helikopter itu terhempas selepas perlawanan menentang West Ham di tempat letak kereta berhampiran Stadium King Power – stadium yang menyaksikan kemenangan gemilang dua tahun lalu, pasukan Leicester City menjuarai Liga Premier.
Vichai, seorang ahli perniagaan Thailand, membuat pelaburan besar dalam kelab itu, sering pulang dari stadium menggunakan helikopter.
Helikopter itu berlepas dari padang. – AFP, 28 Oktober, 2018.
Komen