SEORANG lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah pusat keagamaan Yahudi di bandar Pittsburgh, Amerika Syarikat hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh.
Sejumlah enam mangsa turut dilaporkan cedera tetapi jumlah sebenar masih belum dapat disahkan.
Suspek berjaya ditahan dalam kejadian itu.
Laporan media tempatan bercanggah tentang angka kematian apabila rangkaian berita CBS mendakwa lapan orang terbunuh manakala stesen televisyen Fox melaporkan hanya empat yang maut.
Polis dalam pada itu masih belum mengesahkan angka sebenar mangsa yang terbunuh dan cedera tetapi memaklumkan tiga anggotanya cedera ketika menahan suspek.
Identiti suspek dan motif serangan juga masih belum jelas.
Polis masih lagi memeriksa bangunan tersebut bagi memastikan tiada lagi penyerang yang bersembunyi di dalamnya. – AFP, 28 Oktober, 2018.
Komen