MILITAN Daesh membunuh 41 pejuang pro Amerika Syarikat (AS) di Syria dalam pertempuran di Hajin yang terletak di sempadan Iraq.
Kumpulan militan itu menggunakan serangan pengebom bunuh diri sebagai serangan balas terhadap Tentera Demokratik Syria (SDF) yang disokong tentera pakatan AS untuk menentang Daesh di negara tersebut.
SDF terlibat dalam misi menggempur militan Daesh di Hajin dan dibantu dengan tentera udara pakatan AS.
Militan Daesh melaporkan mereka menyerang kampung Sousa lewat malam tadi dan meletupkan sebuah bom kereta di kampung Al-Baghuza.
Sejak September lalu, seramai 270 tentera SDF dan 496 militan Daesh dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di lokasi tersebut.
Tentera pakatan AS menganggarkan kira-kira 2,000 militan Daesh masih berada di kawasan Hajin. – AFP, 27 Oktober, 2018.
Komen