RIBUAN penunjuk perasaan membanjiri tengah Rome hari ini bagi menuntut pengunduran datuk bandarnya, Virginia Raggi gagal membawa kemajuan di bandar tersebut.
Mereka mendakwa Virgina yang merupakan datuk bandar pertama Rome, bertanggungjawab atas kegagalan perkhidmatan pengangkutan di bandar itu selain sistem pengumpulan sampah yang tidak terurus.
Selain itu penunjuk perasaan menunjukkan lokasi jalan berlubang, pokok tumbang dan laluan berbahaya yang disifatkan memburukkan imej bandar Rome.
Laungan “Rome says enough!” tersebar di media sosial sejak beberapa minggu lalu dan penduduk mula jengkel dengan pengurusan lemah di bandar itu termasuk pengurusan tempat letak kereta dan bangunan terbengkalai menjadi sarang penagih.
Tunjuk perasaan itu diadakan selepas kejadian buruk pada minggu ini yang menyaksikan lebih 20 orang, kebanyakkannya penyokong bola Rusia, mengalami kecederaan apabila sebuah eskalator di stesen kereta api bawah tanah di bandar itu runtuh.
Virginia memenangi pilihan raya datuk bandar pada 2016 selepas penyandang jawatan itu sebelum ini gagal menyelesaikan hutang bandar tersebut.
Kini beliau juga dilihat gagal untuk mengatasi masalah tersebut dan tahap popularitinya semakin merudum.
Lebih buruk lagi, Virginia kini berdepan perbicaraan berhubung dakwaan beliau menipu pelantikan seorang majlis dan keputusan kes itu dijangka dibuat pada November.
Jika didapati bersalah, Virgina dijangka melepaskan jawatan tersebut. – AFP, 27 Oktober, 2018.
Komen