Perbarisan besar-besaran tuntut hak LGBT di Taiwan


Golongan pro-LGBT dan anti-LGBT di Taiwan masing-masing menuntut hak menerusi referendum yang akan dijalankan November depan. – Gambar EPA, 27 Oktober, 2018.

DIHADIRI peserta yang bermekap tebal dan berwatak syaitan bertanduk yang bergandingan bahu dengan seorang biskop Kristian, mewarnai suasana perbarisan Gay Pride di Taipei.

Ia adalah perbarisan komuniti LGBT yang terbesar di Asia menjelang referendum penting bulan depan mengenai hak-hak LGBT di pulau itu.

Mahkamah Tinggi Taiwan pada Mei 2017 mengesahkan perkahwinan gay, wilayah pertama di Asia yang mengambil keputusan berbuat demikian, dan mahkamah turut memutuskan ia harus dilaksanakan dalam masa dua tahun.

Bagaimanapun, terdapat sedikit perubahan dalam pelaksanaan mandatori itu, apabila Presiden Tsai Ing-wen mengatakan masyarakat masih dibahagikan.

Kempen-kempen hak anti-LGBT melancarkan referendum penentangan terhadap pindaan kod sivil yang membenarkan pasangan sama jantina untuk berkahwin, ia akan dilaksanakan serentak dengan pilihan raya tempatan pada bulan November.

Mereka mengatakan perkahwinan harus didefinisikan sebagai “ikatan antara seorang lelaki dan seorang wanita.”

Sebagai tindak balas, para penggerak pro-LGBT telah mengemukakan referendum mereka sendiri yang mencadangkan bahawa kod itu perlu dipinda, mereka juga akan keluar mengundi pada bulan depan.

Aktivis pro-LGBT juga mengemukakan satu referendum yang meminta pendidikan seks yang sama di sekolah-sekolah, satu lagi perkara yang ditentang daripada referendum anti-gay. – AFP, 27 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen