Arab Saudi tolak ekstradisi suspek pembunuh Khashoggi


Rakaman CCTV yang disiarkan oleh polis Turki menunjukkan suspek kes pembunuhan Jamal Khashoggi pada 2 Oktober lalu. – Gambar fail EPA, 27 Oktober, 2018.

ARAB Saudi akan menghukum pembunuh wartawan Jamal Khashoggi, kata menteri luar negara itu hari ini sebagai maklum balas terhadap permintaan Turki untuk mengekstradisi kesemua suspek kes itu ke Istanbul.

“Berhubung isu ekstradisi, kesemua suspek merupakan rakyat Saudi. Mereka akan ditahan, disiasat dan dihukum di Arab Saudi,” kata Adel al-Jubeir.

Kenyataan Adel itu dibuat sehari selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan meminta proses ekstradisi 18 rakyat Saudi untuk dibicarakan di Istanbul selepas mereka dipercayai terlibat dalam pembunuhan Khashoggi di Kedutaan Saudi di  ibu negara itu pada awal bulan ini.

Selepas menafikan tidak mengetahui kedudukan Khashoggi selama hampir tiga minggu, Riyadh akhirnya mengaku bahawa pembunuhan wartawan itu dirancang tetapi menafikan penglibatan Putera Raja Mohammed bin Salman. 

“Kita akan menyelesaikan kes ini,” kata Adel.

“Kes ini sedang disiasat. Kita akan mengetahui kebenarannya. Kita akan menahan mereka yang bertanggungjawab. Kita akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.” – AFP, 27 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen