Lirik penyanyi rap Thai kacau junta


SEKUMPULAN penyanyi rap Thailand membuat sebuah video muzik yang penuh semangat nyanyian lirik yang mengkritik junta pemerintah akan diambil tindakan oleh polis.

Jeneral-jeneral yang menggulingkan kerajaan demokratik Thailand pada tahun 2014 tetap mengekalkan kedudukan mereka ketika berdepan kritikan.

Namun kritikan melalui muzik dan kesenian lebih sukar untuk dikawal, walaupun kesannya kepada kehidupan politik setakat ini terlalu minimum.

Lagu “Prathet Ku Mee”, yang dimuat naik ke YouTube pada 22 Oktober, telah mengumpulkan lebih 6.4 juta tontonan dan puluhan ribu komen sejak dimuat naik secara langsung di platform itu,

Ia mendorong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Ia sedang dipertimbangkan penyiasat, dan ia akan mengambil masa beberapa hari kerana isunya sensitif,” kata Siriwat Deephor, jurucakap polis bagi Bahagian Jenayah Penyalahgunaan Teknologi, kepada AFP ketika ditanya sama ada mereka akan memfailkan tuduhan.

Beliau juga berkata siasatan boleh menentukan sama ada mereka yang berkongsi video itu boleh disiasat.

“Jika lagu ini melanggar Akta Jenayah Komputer dengan memuat naik maklumat palsu, mereka yang berkongsi akan didakwa dan menghadapi hukuman yang sama dengan mereka yang memuat naiknya,” katanya. – AFP, 27 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen