PENYIASAT Persekutuan Amerika Syarikat berkata pihaknya membuka kertas siasatan hak awam bagi mencari punca pemandu merempuh orang ramai pada perhimpunan di Charlottesville.
Rempuhan itu menyebabkan kematian seorang wanita berusia 32 tahun dan mencederakan 19 lagi termasuk beberapa orang yang mengalami kecederaan kritikal.
Peguam Negara Jeff Sessions berkata keganasan dan kematian akibat tragedi di Charlottesville amat meninggalkan kesan terhadap perundangan dan keadilan Amerika.
Session berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan Pengarah FBI Chris Wray, bersama beberapa pegawai biro siasatan itu di lokasi kejadian yang turut disertai pegawai penguatkuasa undanng-undang negeri itu.
“Pejabat FBI Richmond, Jabatan Hak Awam dan Pejabat Peguam AS daerah barat Virginia membuka kertas siasatan bagi mencari punca tragedi yang membawa kepada kematian itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Salah satu faktor yang membuatkan kertas siasatan itu dibuka adalah pembabitkan salah seorang suspek berusia 20 tahun James Alex Fields Jr yang melangkau negeri dari Ohio ke Virginia yang kini dalam tahanan polis. – AFP, 13 Ogos, 2017.
Komen