BEKAS perdana menteri Najib Razak bertindak meninggalkan sesi temubual eksklusif dengan Al Jazeera, mendakwa ia tidak bersikap adil terhadapnya.
Selepas ditekan dengan beberapa soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho, Najib bangun dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Beliau meninggalkan program itu selepas ditanya bila kali terakhir beliau menghubungi Low, juga dikenali sebagai Jho Low.
“Sila buat susulan dengan beliau,” katanya kepada wartawan Mary Ann Jolley dalam program 101 East, Al Jazeera.
Setiausaha akhbarnya, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad turut masuk dan membuaka mikrofon daripada sut Najib sebelum mengucapkan terima kasih kepada krew dan keluar dari studio bersama Najib.
Semalam, Al Jazeera segera menghantar taklimat media mengenai temu bual itu.
Najib pula menaikkan status permohonan maaf di Facebook berhubung tindakannya, menjelaskan beliau bimbang mengenai keluarganya pada masa itu.
Najib berkata beliau risau terhadap isterinya Rosmah Mansor dan anak-anaknya, Norashman dan Riza Aziz, yang disoal oleh pihak polis pada Jumaat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Al Jazeera untuk temu bual dan meminta maaf sekiranya saya hilang sabar. Saya tidak akan teragak-agak untuk bersetuju sekiranya mereka mahu menemubual saya lagi,” kata Najib.
Dalam temu bual itu, Najib dilihat beberapa kali hilang sabar dan berdiri sekali, dengan mengatakan beliau akan “keluar” kerana sebahagian besar soalan ditujukan adalah mengenai firma pelaburan negara itu.
Rancangan Al Jazeera’s 101 East yang berlangsung pagi tadi akan kembali ke udara pada Isnin, pukul 1.30 tengahari, dan Selasa pada pukul 6.30 pagi and 4.30 petang. – 27 Oktober, 2018.
Komen