GEMPA berukuran 6.4 magnitud melanda kepulauan Sumatera Indonesia pada Ahad namun tiada ancaman tsunami, kata ahli seismologi.
Gempa terbabit melanda pada kedalaman 35 kilometer kira-kira jam 10.08 pagi ini di barat Bengkulu menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.
“Gempa itu agak kuat dan cetek, ia turut dirasai hingga ke Padang, Sumatera Barat, namun tiada ancaman tsunami,” kata pegawai agensi meteorologi dan geofizik Indonesia Mochammad Riyadi kepada AFP.
Katanya, pihak berkuasa masih menyiasat sekiranya berlaku kemalangan jiwa atau kerosakan.
Penduduk Bengkulu Neng Hasnah berkata gegaran dirasai kuat beberapa saat, menyebabkan dia dan keluarganya meninggalkan rumah.
“Saya membawa cucu berumur tujuh bulan dan saya berlari, semua jiran juga berlari keluar daripada rumah mereka,” kata Hasnah kepada AFP.
Indonesia terletak dalam “Lingkaran Api Pasifik” di mana apabila dua plat tektonik bergeser akan menyebabkan aktivitii gunung berapi dan gegaran.
Gempa bumi melanda Indonesia di barat Aceh pada Disember 2016 menyebabkan 100 maut dan ramai yang cedera serta puluhan ribu penduduk hilang tempat tinggal. – AFP, 13 Ogos, 2017.
Komen