Angka korban banjir di Rusia meningkat 6 orang


ANGKA korban akibat banjir yang melanda wilayah Krasnodar, Rusia kini meningkat kepada enam orang.

“Menurut data yang dikemaskini, enam orang maut disebabkan hujan lebat dan banjir lumpur di Wilayah Krasnodar,” menurut kenyataan cawangan Kementerian Situasi Kecemasan.

Darurat turut diisytiharkan di wilayah itu, selepas air banjir menenggelamkan landasan kereta api dan meranapkan jambatan di lebuh raya Tuapse-Maikop pada Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Kerja-kerja pemulihan pasca banjir melibatkan 1,460 petugas, tambah kementerian tersebut. – Bernama, 26 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen