JUMLAH kematian dalam protes di Charlottesville, Virginia meningkat kepada tiga, kata pihak berkuasa negeri itu.
“Terdapat beberapa orang yang datang ke sini untuk mencetuskan huru-hara dan ketegangan dan perbuatan itu menyebabkan tiga kematian di sini, di bandar Charlottesville,” kata pengurus bandar itu Maurice Jones pada sidang media.
Seorang dilaporkan maut selepas sebuah kereta merempuh kumpulan orang ramai yang disifatkan oleh saksi sebagai cubaan menyuraikan protes.
Mangsa merupakan wanita berusia 32 tahun yang melintas jalan apabila sebuah kereta secara tiba-tiba meluru ke arah simpang, kata ketua poliss Charlottesville AI Thomas.
Pemandu kereta terbabit ditahan dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai pembunuhan jenayah,” katanya.
Butiran mengenai dua lagi kematian masih belum didedahkan.
Dalam kejadian pada Sabtu, 35 orang dirawat akibat kecederaan yang teruk berpunca daripada insiden itu.
Ratusan orang berhimpun pada perhimpunan “Unite The Right Rally” yang merupakan sebuah perhimpunan menngumpulkan nasionalis dan penyokong lain. – AFP, 13 Ogos, 2017.
Komen