China lahirkan 2 bilionair seminggu


CHINA melahirkan dua bilionair seminggu pada tahun lalu ketika golongan jutawan di seluruh dunia terus merekodkan peningkatan harta berlipat ganda.

Berdasarkan laporan syarikat perbankan Switzerland UBS dan syarikat audit PwC, kekayaan golongan bilionair di seluruh dunia meningkat sebanyak 19% pada tahun lalu dengan anggaran keseluruhan AS$8.9 trilion melibatkan 2,158 jutawan.

Namun kekayaan bilionair China meningkat hampir dua kali ganda dengan catatan 39% atau AS$1.12 trilion.

“Bagi tempoh 10 tahun lalu, bilionair China mewujudkan beberapa syarikat terbesar dan berjaya di dunia,” kata Josef Stadler dari UBS.

“Ini baru permulaan. Dengan populasi tinggi, inovasi teknologi dan pertumbuhan produktiviti China digabungkan dengan sokongan kerajaan, negara itu menyediakan peluang kepada rakyatnya untuk membina perniagaan dan mengecapi kehidupan yang lebih baik.”

Laporan itu menyebut China menghasilkan dua bilionair baharu seminggu pada 2017.

Di rantau Amerika, kekayaan bilionair meningkat lebih perlahan pada kadar 12% manakala Amerika Syarikat menghasilkan 53 bilionair baharu pada 2017 berbanding 87 orang pada lima tahun lalu. – AFP, 26 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen