Sinead O’Connor peluk Islam


Penyanyi terkenal Ireland, Sinead O'Connor kini memeluk Islam dan menggunakan nama Shuhada Davitt. – Gambar Twitter, 26 Oktober, 2018.

PENYANYI terkenal Ireland, Sinead O’Connor umum memeluk Islam dan menukar namanya kepada Shuhada.

Beliau sebelum ini menggunakan nama Magda Davitt tahun lepas, kini menggunakan nama Shuhada Davitt.

Suhahada, 51, turut mengubah avatar Twitternya kepada kat-kata: “Pakai hijab, buat sahaja.”

“Ini adalah untuk mengumumkan dengan bangganya saya sudah jadi orang Islam. Ini adalah penamat alamiah kepada mana-mana kembara keintelektualan teologi,” tulisnya.

“Semua kitab suci membawa kepada Islam. Yang menjadikan semua kitab suci lain bercanggah. Saya juga diberikan nama baharu. Ia adalah Shuhada.”

Lagu terkenalnya pada 1990 “Nothing Compares 2 U” menjadi tarikan seluruh dunia dipengaruhi oleh suara merdunya, kepala botaknya dan gaya pemakaian yang mendapat sambutan hangat.

Tetapi kerjayanya mula merudum selepas beliau mengoyak gambar Pope John Paul II ketika muncul dalam sebuah rancangan televisyen di AS pada 1992.

Katanya, itu adalah tanda protes ke atas kes serangan seksual dilakukan Gereja Katolik, tetapi tindakan itu dikecam banyak pihak dan beliau terpaksa memohon maaf.

Tetapi penentangannya terhadap Gereja Katolik diteruskan, dan pada 1999 O’Connor dilantik sebagai paderi oleh sebuah gereja di Lourdes, Perancis.

Katolik tidak mengiktiraf wanita sebagai paderi.

Pada 2014, O’Connor memberitahu majalah Billboard yang beliau masih seorang paderi tetapi berundur dari gereja kerana “saya tak berminat mencetuskan kekecohan lebih banyak berbanding yang sudah dilakukan”. – AFP, 26 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen