PENTAGON dijangka mengerahkan 800 tentera ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, kata dua pegawainya kepada AFP semalam, selepas Presiden Donald Trump mengatakan mereka akan membantu menangani “kecemasan nasional” dan menyeru para pendatang berpatah balik.
Pasukan tentera itu adalah tambahan kepada 2,000 atau lebih Pengawal Kebangsaan yang membantu operasi di sempadan, dan kemungkinan daripada pelbagai pangkalan tentera di seluruh AS.
Setiausaha Pertahanan Jim Mattis dijangka menandatangani arahan sama ada semalam atau hari ini untuk kerahan baru, kata seorang pegawai.
Tentera termasuk doktor dan jurutera, akan digunakan sebagai penyediaan sokongan logistik, termasuk khemah, kenderaan dan peralatan.
Pegawai itu berkata penghantaran tentera itu bagi memenuhi harapan bantuan ketenteraan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), sebuah agensi AS yang bertanggungjawab terhadap sempadan.
Trump menulis di Twitter bahawa undang-undang yang “diilhamkan oleh pihak Demokratik” menjadikannya sukar untuk menghentikan orang di sempadan.
“Saya mengeluarkan tentera untuk Kecemasan Nasional ini. Mereka akan dihentikan!”
Pada April, Trump berkata beliau akan menghantar ribuan tentera pengawal kebangsaan ke sempadan selatan.
Kebenaran asal membenarkan kira-kira 4,000 pengawal dihantar ke sempadan, tetapi hanya separuh sahaja yang dikerahkan.
Tentera tersebut kebanyakannya berkhidmat sebagai sokongan untuk membantu pegawai peronda.
Kapten angkatan laut Pentagon, Bill Speaks berkata Jabatan Pertahanan bekerja sedang bekerjasama dengan DHS “untuk menentukan spesifik sokongan kami” kepada pihak berkuasa di sempadan. – AFP, 26 Oktober, 2018.
Komen