Gempa 6.8 magnitud landa Greece


Gempa bumi kuat dengan bacaan 6.8 magnitud melanda Laut Ionian di Greece awal pagi tadi. – Gambar EPA, 26 Oktober, 2018.

SATU gempa bumi kuat dengan bacaan 6.8 magnitud melanda Laut Ionian di Greece awal pagi tadi, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berlaku di kedalaman 16.6km, 35km barat Lithakia, satu perkampungan di selatan pulau Zakynthos, pusat pelancongan yang mempunyai lapangan terbang antarabangsanya sendiri. – AFP, 26 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen