ANAK sulung wartawan yang dibunuh, Jamal Khashoggi, Salah dan keluarganya meninggalkan Arab Saudi, selepas kerajaan negara itu menarik balik larangan perjalanan terhadap mereka, kata Human Rights Watch (HRW), semalam.
“Salah dan keluarganya dalam pesawat ke Washington sekarang,” kata Pengarah Eksekutif HRW untuk Asia Barat dan Afrika Utara Sarah Leah Whitson.
Pihak berkuasa Arab Saudi tidak mengulas, tetapi Whitson berkata mereka sudah dibenarkan keluar, selepas sekatan perjalanan terhadap Salah ditarik balik.
Jamal, kolumnis Washington Post dibunuh pada 2 Oktober lalu, selepas ke konsulat Arab Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen sebelum berkahwin dengan tunangnya, seorang warganegara Turki. – AFP, 26 Oktober, 2018.
Komen