Ahli Parlimen Rusia halang festival filem LGBT


Vitaly Milonov merupakan pemimpin kerajaan Rusia yang paling lantang menentang kumpulan LGBT. – Gambar fail AFP, 25 Oktober, 2018.

SEORANG ahli Parlimen Rusia bertindak bersendirian untuk menghentikan majlis pembukaan filem festival LGBT di Saint Petersburg hari ini dengan menghalang pintu masuk ke pagawam itu.

Vitaly Milonov yang merupakan seorang anti-LGBT, turut menghubungi pihak polis bagi menghalang festival ‘Side by Side’ itu, kata penganjur majlis tersebut.

“Sambil menghalang laluan masuk, beliau turut menghubungi pihak polis dan membuat dakwaan palsu,” kata penganjur menerusi kenyataan dalam laman sosial.

Mereka berkata, Milonov memaklumkan polis bahawa terdapat tebusan dalam pawagam itu.

“Para jemputan terpaksa berkumpul di luar pagawam bagi memberi laluan kepada polis untuk memeriksa bangunan itu,” kata aktivis gay Alexei Nazarov yang berada di lokasi kejadian.

Milonov merupakan antara pemimpin kerajaan yang memperjuangkan undang-undang pada 2013 bagi melarang propaganda gay dalam kalangan kumpulan minoriti itu.

Jurucakap beliau berkata Milonov mahu menguatkuasakan undang-undang itu di festival filem tersebut walaupun penganjurannya hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

Kira-kira 400 orang hadir pada majlis itu yang berlangsung sehingga 1 November. – AFP, 25 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen