PIHAK berkuasa Iran menahan seorang wartawan kerana menghina Imam Hussein, seorang daripada pemimpin agama terkenal dalam negara itu.
“Pouyan Khoshhal ditahan malam tadi ketika cuba meninggalkan negara ini selepas menghina Imam Hussein dan beberapa iman lain,” lapor portal tempatan Mizan Online.
Khoshhal yang berkerja untuk akhbar reformis Ebtekar, menulis laporan pada 21 Oktober lalu yang menghina kematian Imam Hussein yang disifatkan sebagai meninggal dunia, bukannya syahid seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menurut laporan Mizan, tindakan Khoshhal itu mencetuskan kemarahan dan kritikan dalam kalangan pengikut Imam Hussein.
Siasatan pihak berkuasa juga mendapati wartawan itu berulang kali menghina beberapa imam lain menerusi media sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.
Khoshhal kemudiannya menutup akaun Twitter dan menukar laporan dalam laporannya di laman web Ebtekar.
Ketua pengarang Ebtekar Reza Dehaki mengeluarkan permohonan maaf atas tindakan Khoshhal dan memecat wartawan itu.
Ogos lalu, seorang lagi wartawan Mir Mohammad-Hossein Mir-Esmaili, dipenjarakan selama 10 tahun kerana menghina Imam Reza, seorang daripada pemimpin terkenal dalam pengikut Syiah.
– AFP, 25 Oktober, 2018.
Komen