AKTIVIS Sarawak Lina Soo menyelar kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung perkongsian pendapatan Sabah dan Sarawak di Parlimen semalam yang disifatkan sebagai mahu membolot sumber gas dan minyak dua negeri Borneo itu.
Soo yang juga merupakan Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) berkata kenyataan itu juga menunjukkan mahu mengenakan cukai ke atas kedua-dua negeri itu bagi mengisi kantung kerajaan persekutuan.
Semalam, Lim memberitahu Parlimen bahawa kerajaan persekutuan hanya akan berkongsi hasil pendapatan dengan Sabah dan Sarawak jika kewangan negara kembali pulih.
Soo berkata kenyataan Lim itu berhubung ‘kewangan negara kembali pulih’ sebagai tidak jelas.
“Bila kedudukan kewangan negara akan pulih? Tahun depan?”
“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan untuk memastikan Sarawak mempunyai wang untuk pembangunan selepas mengutip hasil minyak dan cukai negeri ini.
“Malah Pakatan Harapan (PH) juga berjanji (Sarawak) akan memiliki lebih banyak wang kerana tiadak lagi gejala rasuah.
“Kenapa ia tidak berlaku?”
Soo berkata kerajaan PH mula bersikap seperti kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN) yang membolot kekayaan Sarawak dan mengenakan cukai bagi memastikan tiada mana-mana negeri mampu berdiri sendiri tanpa bantuan kerajaan persekutuan.
“Rejim Pakatan ini terus mengeksploitasi kekayaan Sarawak dan menjadikan Sarawak sebagai negeri pengemis.
“Perkara ini sudah dirancang,” katanya.
Berita penuh di sini.
Komen