Rusia lancar Soyuz-2.1b


Roket itu berjaya ke orbit, menurut agensi berita TASS memetik Kementerian Pertahanan Rusia. – Gambar AFP, 25 Oktober, 2018.

ROKET Rusia Soyuz-2.1b dilancarkan Angkatan Pertahanan Aeroangkasa dari pusat ruang angkasa Plesetsk, memetik media tempatan pada Khamis.

Ia dilancarkan pada pukul 3.15 pagi waktu tempatan (00:15 GMT) dan semua operasi pra-pelancaran dilaksanakan dengan mod biasa, lapor agensi berita Xinhua.

Roket itu berjaya ke orbit, menurut agensi berita TASS memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Pelancaran hari ini adalah yang ketiga untuk tahun 2018. – Bernama, 25 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen