PEGUAM Najib Razak Shafee Abdullah berkata enam dakwaan baharu terhadap bekas perdana menteri itu dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai ‘tidak cerdik’ dan tidak berasas.
Terdahulu, Najib dan Irwan berdepan enam pertuduhan pecah amanah melibatkan dana berjumlah lebih RM6.63 bilion.
“Saya tak fikir boleh ada pertuduhan (kepentingan peribadi) itu dalam (enam) kes ini.
“Anak guam saya merasakan bahawa pertuduhan ini melampau dan tidak sabar untuk dibicarakan,” katanya.
“Jabatan Peguam Negara membuat pendakwaan ini dan ia merupakan pertuduhan yang tidak cerdik,” katanya.
Shafee berkata empat dari enam pertuduhan itu dikaitkan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi dan baki dua lagi dakwaan melibatkan projek infrastruktur paip gas dan Rangkaian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Katanya pertuduhan hari ini dibuat berdasarkan keputusan untuk menggunakan dana (lain) bagi membayar hutang sebelum tempoh akhir.
“Pendirian klien kami amat mudah, jika tidak mematuhi tarikh akhir maka banyak wang akan dikeluarkan untuk membayar hutang, dan hutang negara akan menjejaskan negara, ianya tidak seperti hutang syarikat,” katanya.
Shafee berkata barisan peguambela bersetuju untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi yang tidak dipengaruhi Pejabat Peguam Negara.
“Mahkamah Tinggi mempunyai lebih ramai individu yang layak. Kita tidak menyatakan Mahkamah Sesyen tidak berkelayakan tetapi ini merupakan kes yang serius, terutamanya melibatkan ahli politik. kurang pengalaman akan menyebabkan anda bersikap prejudis,” katanya. – 25 Oktober, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen