CUACA panas berterusan ditambah dengan angin kuat memburukkan lagi kebakaran hutan yang melanda kepulauan Corsica Portugal, menyebabkan pelancong terpaksa dipindahkan.
Hampir 1,000 penduduk terpaksa meinggalkan Corsica pada waktu malam selepas 2,000 hektar kawasan hutan musnah namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Seorang lelaki yang disyaki memulakan kebakaran itu ditahan di Bastia ditahan pada Jumaat, menurut pihak berkuasa.
“Ia umpama neraka. Kami cuba memadam kebakaran menggunakan dua baldi air dan satu hos kecil,” kata seorang penduduk Christian Burchi.
Kebakaran di Portugal berlarutan sejak minggu lalu selepas suhu yang tingggi dicatatkan di kawasan terlibat ditambah dengan tiupan angin yang menyebabkan api merebak dengan pantas.
Dua kawasan yang paling teruk terjejas adalah berdekatan bandar Abrantes dan Alvaiazere, di mana seramai 800 anggota bomba dikerahkan dengan empat pesawat pemadam kebakaran, dua helikopter dan 250 kenderaan darat.
1,800 anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di 10 kawasan seluruh negara itu, kata pihak berkuasa.
Jurucakap agensi pertahanan awam Patricia Gaspar berkata, sebanyak 220 kebakaran direkodkan hanya pada Jumaat lalu.
“Walaupun keadaan api masih marak, namun situasi kini masih stabil dan terkawal,” katanya di Lisbon. – AFP, 12 Ogos, 2017.
Komen