Protes bajet Argentina bertukar ganas


Polis rusuhan menggunakan gas pemedih mata dan menembak peluru getah untuk menyuraikan perserta demonstrasi di luar kompleks kongres Argentina. – Gambar EPA, 25 Oktober, 2018.

BANTARAN terhadap draf bajet berjimat cermat Presiden Mauricio Macri, bertukar ganas semalam ketika polis bertempur dengan penunjuk perasaan di luar bangunan Kongres di Buenos Aires.

Polis rusuhan menggunakan gas pemedih mata dan menembak peluru getah untuk menyuraikan perserta demonstrasi yang melemparkan batu dari luar Kongres, lokasi penggubal undang-undang bersedia untuk mengundi bajet kontroversi itu.

Pihak berkuasa berkata sembilan polis cedera, dan sekurang-kurangnya 27 penunjuk perasaan ditahan.

Kesatuan dan pembangkang Argentina mengkritik program ekonomi kerajaan pusat yang memotong perbelanjaan untuk memenuhi syarat kenaikan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa AS$ 57 bilion (RM240 bilion).

“Katakan tidak untuk bajet IMF. Jangan jejas masa depan kami!” Mjerit penunjuk perasaan di luar sementara.

Dua ahli Parlimen yang tiba untuk mengundi turut terkena gas pemedih mata dan sesi itu dihentikan untuk membolehkan mereka pulih.

Gabungan Macri, “Cambiemos”, atau “Let’s Change”, tidak mempunyai majoriti di Dewan tetapi penganalisis berkata ia mungkin mendapat sokongan daripada beberapa puak pembangkang Peronis untuk meluluskan bajet, termasuk kombinasi pemotongan perbelanjaan dan kenaikan cukai.

Protes jalanan mencerminkan kemarahan masyarakat yang semakin meningkat selepas Macri memotong perkhidmatan awam sebagai sebahagian daripada usaha menghapuskan defisit fiskal Argentina dan mengurangkan inflasi sekitar 40% mengikut arahan IMF.

“Adalah penting untuk meluluskannya untuk keluar daripada keadaan kecemasan ini,” kata ahli Parlimen Cambiemos, Luciano Laspina kepada pemberita menjelang sesi undian.

Defisit adalah pada kadar 3.9% daripada KDNK tahun lepas. Kerajaan merancang untuk menurunkannya kepada 2.7% pada 2018 dan sifar menjelang akhir tahun depan.

“Ini penyesuaian yang kejam,” kata Sonia Alesso, pemimpin kesatuan guru, yang memulakan mogok selama 24 jam semalam sebagai protes terhadap pemotongan bajet pendidikan.

Macri menjanjikan pemotongan sebanyak AS$10 bilion dalam beberapa sektor seperti kesihatan, pendidikan, sains, pengangkutan, kerja-kerja awam dan budaya.

Peso kehilangan separuh nilainya berbanding dolar tahun ini tetapi Bank Pusat menghentikannya dengan menaikkan kadar faedah kepada rekod dunia sebanyak 72%. – AFP, 25 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen