Putera Mahkota Arab Saudi beri ucapan pertama sejak kematian Khashoggi


Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Salman akan berucap pada persidangan pelaburan di Riyadh. – Gambar EPA, 24 Oktober, 2018.

PUTERA Mahkota Arab Saudi dijadualkan akan berucap pada persidangan pelaburan di Riyadh pada Rabu, ucapan pertamanya sejak pembunuhan Jamal Khashoggi.

Penganjur “Future Investment Initiative” menyenaraikan Putera Mohamad Salman antara “penceramah terbaik” bagi hari kedua persidangan tiga hari itu, selepas membuat kemunculan pada Selasa.

Putera Mahkota itu dijangka muncul bersama Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri.

Persidangan yang diberi jolokan “Davos in the desert” itu dibayangi kontoversi pembunuhan Khashoggi di dalam konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober.

Imej Putera Mohamad tercalar meskipun beliau berulangkali menafikan terlibat dalam pembunuhan wartawan Washington Post itu.

Menteri tenaga  Khalid al-Falih mengakui kerajaan Arab Saudi kini dalam krisis berikutan kejadian pembunuhan kejam Khashoggi. – AFP, 24 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen