PEMIMPIN-pemimpin pembangkang Sabah hari ini secara rasmi membentuk gabungan yang dikenali sebagai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan menamakan Joseph Pairin Kitingan sebagai pengerusi sementara.
GBS terdiri daripada Umno Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), dengan kesemua pemimpin parti dinamakan sebagai pengerusi bersama.
Mereka ialah Hajiji Noor (Umno Sabah), Maximus Ongkili (PBS), Jeffrey Kitingan (Solidariti) dan Joseph Kurup (PBRS).
Selain itu, Masidi Manjun (Umno Sabah) dinamakan sebagai setiausaha agung, manakala Joniston Bangkuai (PBS) sebagai ketua perhubungan. Kesemua wakil rakyat dalam gabungan itu secara automatik menjadi ahli majlis tertinggi.
Pairin berkata GBS akan memulakan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) kerana masih percaya ia adalah kerajaan yang sah.
“Setakat yang kami tahu, kesahan kerajaan sekarang masoh dipersoalkan dan kami serahkan kepada mahkamah untuk memutuskan,” katanya, merujuk kepada kes ketua menteri yang sedang berjalan. – 24 Oktober, 2018.
Komen