50 maut pergaduhan puak di Somaliland


Somaliland berpisah dari Somalia pada 1991 sebagai sebuah negara merdeka, namun tidak menerima pengiktirafan antarabangsa. – Gambar fail AFP, 24 Oktober, 2018.

PERTELINGKAHAN antara puak di wilayah Somaliland meragut lebih 50 nyawa, kata seorang pegawai di Puntland.

“Difahamkan 51 maut dan 120 yang lain cedera selepas pertelingkahan itu bertukar kepada penggunaan senjata api,” kata Menteri Dalam Negeri Puntland Abdullahi Ali Hirsi.

“Kami menyeru gencatan senjata dan mendesak kedua-dua pihak bertelagah menamatkan sengketa dan sertai rundingan damai yang akan diadakan oleh Puntland.

“Kesemua mangsa yang terbunuh tidak dapat dikebumikan kerana pertempuran masih berterusan,” kata saksi Ahmed Ismail dari kampung Dhumey.

Katanya, mangsa yang cedera kebanyakannya maut disebabkan kehilangan banyak darah kerana tiada kemudahan hospital berdekatan kawasan itu.

Dhumey terletak di kawasan yang dikuasai Somaliland, tetapi dituntut Puntland sejak bertahun lamanya.

Somaliland berpisah dari Somalia pada 1991 sebagai sebuah negara merdeka, namun tidak menerima pengiktirafan antarabangsa. – Bernama, 24 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen