Lelaki 102 tahun didakwa serang wanita 92 tahun di Sydney


SEORANG lelaki berusia 102 tahun didakwa melakukan serangan tidak senonoh terhadap seorang wanita 92 tahun di sebuah rumah jagaan warga emas di Sydney, kata polis.

Lelaki yang tidak dinamakan itu diminta hadir ke mahkamah pada bulan depan susulan didakwa menyerang rakan penghuni di rumah jagaan itu.

Polis enggan memberi butiran terperinci dakwaan berkenaan tetapi berkata insiden berlaku pada waktu makan tengah hari pada Selasa dan laporan polis kemudiannya dibuat.

Pegawai polis tiba di tempat kejadian yang tidak jauh dari pantai Bondi dan menahan lelaki terbabit. Jika disabitkan bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Beliau bagaimanapun dibenarkan diikat jamin sehingga tarikh ditetapkan mahkamah pada 20 November. – AFP, 24 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen