11 maut akibat banjir kilat di Iran


Pasukan penyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari mangsa yang masih hilang.– Gambar EPA, 12 Ogos, 2017.

BANJIR kilat menyebabkan 11 maut dan dua lagi masih hilang selepas hujan lebat berterusan di timur laut Iran, kata Palang Merah pada Sabtu.

“Setakat ini 11 orang disahkan maut dalam tragedi ini iaitu lapan orang di Khorasan Razavi, dua di Golestan dan satu lagi di Utara Khorasan,” kata ketua Palang Merah Morteza Salimi kepada agensi berita ISNA.

Ribut pada Jumaat menyebabkan banjir di lima wilayah dan beberapa kawasan perkampungan masih terputus hubungan pada Sabtu.

Dua yang dilaporkan hilang merupakan sebahagian daripada keluarga yang kereta mereka dihanyutkan arus deras di wilayah Golestan.

Seorang daripada mereka merupakan wanita ditemui mati dan operasi mencari masih lagi diteruskan untuk mecari dua lagi mangsa. – AFP, 12 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen