Penyanyi rap Kanada maut terjatuh dari sayap pesawat


Jon James, 33, maut serta-merta dalam ketika berjalan di sayap pesawat yang sedang terbang di Vernon, British Columbia pada Sabtu. – Gambar Facebook, 24 Oktober, 2018.

SEORANG penyanyi rap Kanada meninggal dunia selepas terjatuh dari sayap pesawat yang sedang terbang ketika penggambaran video muzik, kata pasukan pengurusannya.

Jon James, 33, maut serta-merta dalam kemalangan berjalan di sayap di Vernon, British Columbia pada Sabtu, menurut satu kenyataan.

“Beliau berlatih bersungguh-sungguh untuk aksi lasak itu tetapi Jon pergi terlalu jauh daripada sayap pesawat, menyebabkan pesawat kecil Cessna itu berpusing ke bawah dan juruterbang tidak dapat buat apa-apa,” kata kenyataan itu.

“Jon berpaut pada sayap itu tetapi ia sudah terlambat dan bila dia lepas, dia tidak ada masa mencukupi untuk menarik payung terjunnya.”

James terkenal sebagai seorang yang kompetitif dan sering melakukan aktiviti lasak yang ekstrem.

Polis Kanda mengesahkan mereka bertindak kepada satu kes “kematian seorang penerjun payung terjun” pada petang Sabtu.

CTV melaporkan pesawat itu dan juruterbangnya mendarat dengan selamat. – AFP, 24 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen