PERINTIS perkakas elektrik Britain, Dyson hari ini berkata telah memilih Singapura sebagai tapak kilang kereta elektrik pertama.
Ia mencetus kritikan terhadap pengasas syarikat itu kerana tidak melabur lebih banyak dalam pembuatan Britain.
Dyson yang diasaskan dan dimiliki oleh James Dyson berkata kilang tersebut dijadualkan akan siap pada 2020 sebagai sebahagian daripada pemacu pelaburan global bernilai £2.5 bilion (RM13.5 bilion) dalam teknologi baharu.
Terkenal dengan pembersih vakum tanpa wayar, pengering rambut dan kipas, Dyson mensasarkan untuk melancarkan kenderaan elektrik pada 2021.
“Keputusan mengenai di mana hendak hasilkan kereta kami ini kompleks, berdasarkan rantaian bekalan, askes kepada pasaran dan adanya kepakaran yang akan membantu mencapai cita-cita kami,” kata Ketua Eksekutif Dyson Jim Rowan dalma satu kenyataan.
Syarikat itu telah sedia mempunyai kilang pengeluaran produk elektrik mereka di Malaysia dan Singapura. – AFP, 23 Oktober, 2018.
Komen