PRESIDEN Cameroon Paul Biya mempertahankan jawatannya untuk penggal ketujuh selepas memenangi pilihan raya negara itu, dengan memperoleh 71.3 peratus undi.
Pilihan raya itu menyaksikan jumlah keluar mengundi sangat rendah, menyebabkan pembangkang menuntut diadakan semula pemilihan, namun ditolak Majlis Perlembagaan minggu lepas.
Sehubungan itu, anggota polis dikerahkan ke bandar seperti Yaoundé dan Douala sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Sejak setahun lalu kedua-dua wilayah berkenaan dilanda keganasan dan bantahan oleh pemberontak separatis, menyebabkan ratusan orang maut.
Pencabar terdekat, Maurice Kamto dari MRC/CRM memperoleh hanya 14.2 peratus undi. Biya menang majoriti undi di hampir kesemua wilayah di Cameron kecuali satu di Kamto dengan kalah tipis.
Pilihan raya dewan undangan dan parlimen yang sepatutnya dijadual berlangsung serentak dengan pilihan raya presiden pada 7 Oktober, namun ditangguhkan pada tahun depan. – Bernama, 23 Oktober, 2018.
Komen