Australia lancar sekatan terhadap 5 pegawai tentera Myanmar


Menteri Luar Australia Marise Payne berkata pegawai-pegawai itu - Aung Kyaw Zaw, Maung Maung Soe, Aung Aung, Than Oo dan Khin Maung Soe - bertanggungjawab ke atas perlanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh unit di bawah perintah mereka. – Gambar EPA, 23 Oktober, 2018.

KERAJAAN Australia pada Selasa mengumumkan sekatan ke atas lima pegawai tentera di Myanmar yang dituduh mengawasi keganasan kejam terhadap etnik Rohingya.

Mengikuti langkah sama yang diambil oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah, Australia mengumumkan akan membeku aset pegawai terbabit termasuk leftenan jeneral yang memerintah kumpulan operasi khas yang dipercayai berada di sebalik kekejaman itu.

Menteri Luar Australia Marise Payne berkata pegawai-pegawai itu - Aung Kyaw Zaw, Maung Maung Soe, Aung Aung, Than Oo dan Khin Maung Soe - bertanggungjawab ke atas perlanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh unit di bawah perintah mereka.

Kelima-lima pegawai berkenaan, yang sebahagian daripada mereka dipercayai telah meletak jawatan, juga akan diharamkan menjejakkan kaki ke Australia.

Sekitar 700,000 Rohingya diusir dari rumah mereka di Rakhine yang terletak di barat daya Myanmar, sejak 2016.

Pengusiran itu menyaksikan banyak pembunuhan kejam, pemerkosaan dan pembakaran kampung yang dilakukan oleh pasukan keselamatan. – AFP, 23 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen