SERAMAI 11 militan Taliban terbunuh dalam kejadian letupan di wilayah Zabul selatan Afghanistan, demikian kata seorang pegawai tempatan pada Selasa.
Insiden berlaku pada lewat Isnin di Mizan dan di daerah Arghandab, di mana dua kumpulan Taliban membawa alat peledak improvisasi (IED) untuk menyerang pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, IED meletup secara tiba-tiba menyebabkan kehilangan nyawa, kata ketua polis wilayah Mohammed Mustafa Mayar kepada Xinhua.
IED sering digunakan militan Taliban dan Islamic State (IS) untuk menghasilkan bom.
Pada Ahad, 11 awam, termasuk tujuh kanak-kanak, terbunuh ketika sebuah kenderaan meletup di wilayah timur Nangarhar. – Bernama, 23 Oktober, 2018.
Komen