AMERIKA Syarikat (AS) memaklumkan kepada pihak tentera pergerakan kumpulan migran Honduras yang sedang dilaporkan menuju ke negara itu sebagai satu keadaan “darurat”.
“Pada masa sama AS akan mengurangkan jumlah bantuan kepada beberapa negara di Amerika Tengah,” umum Presiden Donald Trump menerusi Twitternya.
“Sayangnya, polis dan tentera Mexico dilihat gagal menyekat kumpulan itu menuju ke sempadan selatan AS. Saya telah memaklumkan pasukan Peronda Sempadan dan Tentera yang keadaan itu adalah darurat.”
Tulis beliau lagi, “Guatemala, Honduras dan El Salvador gagal menghentikan rakyat mereka meninggalkan negara dan datang secara haram ke AS. Kita akan mengurangkan jumlah bantuan kewangan yang diberikan selama ini.”
Sementara itu, beberapa pendatang dilaporkan berkata “Kami akan datang semula jika dihalau. Kami bukan penjenayah, kami pekerja!” – Bernama, 23 Oktober, 2018.
Komen