Mahkamah Peru arah bekas hakim ditahan sementara


Cesar Hinostroza didakwa terlibat dalam jenayah terancang, menerima tajaan secara tidak sah dan menyalahgunakan kuasa. – Gambar AFP, 23 Oktober, 2018.

MAHKAMAH Persediaan Siasatan Peru mengarahkan bekas Hakim Cesar Hinostroza yang kini diburu dan melarikan diri ke Sepanyol, ditahan sementara selama 36 bulan.

Beliau didakwa terlibat dalam jenayah terancang, menerima tajaan secara tidak sah dan menyalahgunakan kuasa.

Permohonan itu dikemukakan Kementerian Awam yang menjalankan siasatan awal terhadap bekas hakim dipecat itu.

Menurut Hakim Hugo Nuñez, tertuduh melarikan diri ke Peru selepas Kongres meluluskan aduan mengenai jenayah dilakukannya.

Mahkamah turut mendapati Hinostroza melanggar larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya.

Difahamkan, beliau sudah ditangkap dan akan berada di penjara Sepanyol sehingga proses ekstradisi selesai.

Dalam satu siri rakaman audio dikeluarkan TV Panorama dan laman web kewartawanan penyiasatan IDL-Reporteros, Hinostroza didakwa berunding dengan seorang individu dan menerima habuan untuk mengurangkan hukuman ke atas pesalah rogol kanak-kanak.

Tindakan itu menerima kecaman rakyat Peru. Pada 4 Oktober, Kongres Peru meluluskan pemecatan Hinostroza dan beliau tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran awam selama 10 tahun. – Bernama, 23 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen