SEORANG lelaki Indonesia ditahan kerana mengendalikan laman Facebook untuk komuniti homoseksual, kata polis pada Isnin, di bawah undang-undang internet yang mendapat kritikan kumpulan hak asasi.
Pentadbir laman terbabit—yang nama dan umurnya tidak didedahkan—ditahan pada Khamis bersama teman lelakinya di bandar Bandung selepas pengguna Internet membuat laporan polis laman berkenaan mengandungi kandungan pornografi, termasuk menyediakan khidmat seks.
Lelaki terbabit didakwa kerana menyalahi undang-undang maklumat elektronik Indonesia, yang menurut pengkritiknya ia terlalu kabur dan terbuka kepada penyalahgunaan.
Lelaki berkenaan berdepan hukuman penjara enam tahun dan denda satu juta rupiah (AS$66,000) sekiranya didapati bersalah, kata polis.
Teman lelaki suspek masih disoal siasat sebagai saksi berhubung laman Facebook berkenaan, yang mula beroperasi sejak 2015 dan mempunyai lebih 4,000 ahli, kata pihak berkuasa. – AFP, 22 Oktober, 2018
Komen