Isteri Nawaz Sharif bertanding kerusi Parlimen Pakistan


Mahkamah Agung Pakistan sebelum ini memecat Nawaz susulan siasatan tuduhan rasuah terhadapnya.

ISTERI bekas presiden Pakistan Nawaz Sharif dijangka bertanding di kerusi Parlimen yang terpaksa dikosongkan suaminya selepas digugurkan jawatan oleh mahkamah negara itu, bulan lalu.

Mahkamah Agung Pakistan memecat Nawaz susulan siasatan tuduhan rasuah terhadapnya dan keluarga, menjadikannya perdana menteri pertama dalam tempoh 70 tahun disingkirkan sebelum menamatkan penggal perkhidmatan.

“Kertas pencalonan Begum Kulsoom Nawaz untuk bertanding kerusi Parlimen di barat Lahore diserahkan oleh menantunya,” kata pegawai parti Pakistan Muslim League-Nawaz.

Kulsoom yang berkahwin dengan Nawaz selama 46 tahun sebelum ini dilihat sering menjauhkan diri daripada terbabit dalam politik.

Namun, ketika Pervez Musharraf menahan suaminya dalam insiden rampasan kuasa pada Oktober 1999, Kulsoom mengetuai gerakan bagi membebaskan Nawaz, sebelum mereka sekeluarga hidup dalam buangan di Arab Saudi.

Dalam tempoh beberapa hari selepas penyingkiran Shariff, PML-N mencalonkan bekas menteri minyak Shahid Khaqan Abbasi sebagai perdana menteri baharu. – AFP, 12 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen