EMPAT gempa bumi berukuran antara 4.9 hingga 6.8 magnitud melanda pantai barat Kanada untuk seketika lewat semalam, kata pusat kaji selidik geologi Amerika Syarikat.
Gegaran kali pertama berukuran 6.6 skala magnitud berlaku pada 10.39 malam (waktu tempatan) kira-kira 218km barat daya Pelabuhan Hardy – wilayah kecil di timur laut kepulauan Vancouver dan 355km barat daya Seattle.
Gempa kedua lebih kuat berukuran 6.8 skala Richter, berlaku barat daya bandar Canada lebih setengah jam kemudian, pada 11:16 malam.
Enam minit kemudian, gegaran ketiga berukuran 6.5 didaftarkan di barat daya Pelabuhan Hardy – sebelum satu lagi gempa yang lebih lemah, 4.9 magnitud direkodkan di tempat sama, 14 minit kemudian.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kecederaan, dan tiada amaran tsunami dikeluarkan. – AFP, 22 Oktober, 2018.
Komen