Tanah runtuh di Colombia, 9 maut 5 hilang


Setakat ini sembilan terbunuh dan lima lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di utara Colombia, semalam. – Gambar Facebook, 22 Oktober, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA sembilan terbunuh dan lima lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat, di utara Colombia pada Ahad, demikian menurut jabatan bomba tempatan.

Hujan awal pagi menyebabkan tanah runtuh menimbus beberapa buah rumah yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu, di kawasan kejiranan miskin, di bandar pelabuhan Barrancabermeja.

“Sembilan mayat ditemui, lima daripadanya kanak-kanak dan empat dewasa. Tiga lagi kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri,” kata Ketua Jabatan Bomba Alexander Diaz.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga semua mayat ditemui.

Lebih 45 unit dari agensi berbeza, termasuk Pertahanan Awam, Palang Merah, Jabatan Polis dan Tentera Darat terbabit dalam operasi tersebut.

Jurucakap Dewan Bandaraya Francy Elena Alvarez, mengakui pihak berkuasa masih tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar yang terkorban. – Bernama, 22 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen