Pembunuhan Khashoggi, Jerman henti eksport senjata ke Arab Saudi


Canselor Jerman Angela Merkel berkata Berlin menghentikan eksport senjata api ke Arab Saudi pada masa ini susulan pembunuhan kejam wartawan Jamal Khashoggi. – Gambar EPA, 22 Oktober, 2018.

CANSELOR Jerman Angela Merkel berkata Berlin menghentikan eksport senjata api ke Arab Saudi pada masa ini susulan pembunuhan kejam wartawan Jamal Khashoggi.

“Saya bersetuju dengan pendapat yang eksport senjata api kami ke Arab Saudi yang sememangnya terhad, tidak boleh diteruskan susulan keadaan semasa,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat partinya.

Sabtu lalu Menteri Luar Jerman Heiko Maas berkata buat masa ini beliau tidak nampak ada asas yang kuat untuk meneruskan eksport senjata api ke Arab Saudi.

Jerman bulan lalu meluluskan eksport senjata bernilai 416 juta euro (RM1.9 bilion) ke Arab Saudi untuk 2018. Sebelum ini, eksport ketenteraan Berlin ke Arab Saudi kebanyakannya terdiri daripada kapal peronda.

Merkel berkata beliau mengutuk pembunuhan Khashoggi dan melihat keperluan yang mendesak untuk menyelesaikan kes itu. – AFP, 22 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen