Turki ikrar dedahkan kebenaran kematian Khashoggi


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan ketika menghubungi Presiden Donald Trump bersetuju bahawa kes kematian Jamal Khashoggi perlu dijelaskan dalam semua aspek. – Gambar EPA, 22 Oktober, 2018.

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Ahad berikrar akan mendedahkan dalam masa beberapa hari berhubung “kebenaran yang nyata” kematian wartawan Jamal Khashoggi, ketika Riyadh berkata tidak tahu lokasi mayat dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman tidak mengetahui operasi untuk membunuhnya.

Kenyataan pemimpin Turki itu dibuat sehari selepas pihak berkuasa Arab Saudi mengakui Khashoggi dibunuh di dalam kompleks diplomatik mereka di Istanbul.

“Kita inginkan keadilan dan ini akan mendedahkan semua kebenaran diturunkan dalam semua kebenaran yang nyata, bukan melalui beberapa langkah biasa tetapi dalam semua kebenaran yang nyata,” kata Erdogan semasa perhimpunan di Istanbul.

Dalam komennya yang paling keras hingga kini, Presiden Donald Trump menuduh Arab Saudi berbohong mengenai pembunuhan Khashoggi, seorang kolumnis Washington Post yang tidak disukai oleh kerajaan ultra konservatif.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, pada hari Ahad menyifatkan pembunuhan itu sebagai “kesilapan besar” dan mengatakan ia adalah “operasi penyangak” oleh individu yang “melampaui tanggungjawab mereka” dan kemudian “cuba melindunginya”.

Erdogan, yang belum lagi menyalahkan Arab Saudi secara langsung, membuat panggilan telefon dengan Trump pada Ahad, dengan kedua-dua pemimpin bersetuju kes Khashoggi perlu dijelaskan “dalam semua aspek,” kata sumber presiden Turki.

Erdogan dijangka membuat kenyataan penuh kepada anggota Parlimen parti itu di Parlimen pada 0800 GMT Selasa.

Pegawai Turki berkata mereka percaya 15 lelaki Arab Saudi yang tiba di Istanbul dalam dua penerbangan pada 2 Oktober mempunyai kaitan dengan keas kematian Khashoggi.

Riyadh bertindak balas dengan mendakwa seorang daripada 15 individu itu sudah meninggal dunia dalam kemalangan kereta tahun lalu.

Pegawai Arab Saudi pada asalnya berkata, Khashoggi, yang masuk ke konsulat pada 2 Oktober, meninggalkan kompleks itu sebarang kecederaan, sebelum mengumumkan beliau maut di dalam bangunan itu dalam apa nyatakan sebagai perbalahan.

Kerajaan itu mengakui Khashoggi meninggal dunia dalam “pergaduhan” di dalam konsulat dan mengatakan ia memecat lima pegawai tertinggi dan menangkap 18 orang lain berhubung siasatan ke atas pembunuhan tersebut. – AFP, 22Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen