Israel tangguh perobohan perkampungan Badwi Tebing Barat 


Jentera berat milik Israel sedia menjalankan kerja merobohkan perkampungan Badwi Khan al-Ahmar di Tebing Barat. – Gambar EPA, 21 Oktober, 2018

PERDANA menteri Israel Benjamin Netanyahu menangguhkan rancangan untuk merobohkan perkampungan Badwi di Tebing Barat yang mencetuskan pertikaian antarabangsa, menurut pejabatnya pada Ahad. 

“Ia bagi memberi peluang untuk rundingan dan tawaran yang kami terima dari badan berlainan, termasuk beberapa hari lalu,” menurut kenyataan daripada pejabat Netanyahu berhubung perkampungan Khan al-Ahmar. 

Namun bercakap pada pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin, Netanyahu dilihat mengurang tindakannya dan tetap mahu perkampungan itu dirobohkan. 

“Ia adalah dasar kami dan akan dilaksanakan. Saya tidak berniat untuk menangguhkannya, tetapi hanya untuk sementara. jangka masa yang pendek.”

Netanyahu berkata penangguhan itu akan ditentukan oleh kabinet keselamatannya, yang dijadualkan mengadakan persidangan pada Ahad.  

Pihak berkuasa Israel berkata perkampungan kecil yang terletak di timur Jerusalem sepanjang jalan ke Laut Mati, dibina secara haram, dan diberi kebenaran menduduki sehingga awal Oktober untuk mengosong dan merubuhkan struktur penempatan mereka. 

Keputusan untuk merobohkan perkampungan itu susulan daripada tindakan undang-undang selama bertahun-tahun untuk bersetuju dengan kawasan alternatif bagi pemindahan gagal. – AFP, 21 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen