DAP akan menyediakan khidmat guaman percuma kepada pemimpin masyarakat atau ketua puak yang mahu mencabar arahan kerajaan negeri yang menghalang mereka daripada menghadiri program anjuran Pakatan Harapan.
“Kami akan bantu merka untuk failkan semakan kehakiman terhadap arahan itu,” kata pengerusi PH dan DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media di Kuching.
Chong berkata DAP sedia memberi bantuan khidmat guaman secara percuma kerana arahan berkenaan “tidak berperlembagaan, tidak munasabah, tidak rasional dan juga menghina” kerana ia melayan pemimpin komuniti seperti pelajar sekolah.
“Ia tidak berperlembagaan kerana perlembagaan menjamin kebebasan persatuan dan kebebasan pergerakan.
“Sekiranya kerajaan negeri enggan menarik baik arahan dan sekiranya terdapat mana-mana pemimpin masyarakat yang sanggup tampil dan mencabarnya, kami akan bantu,” katanya.
Menerusi memo bertarikh 11 Oktober kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Mohamad Morshidi Abdul Ghani kepada penduduk (ketua pentadbiran) di 112 bahagian pentadbiran, Morshidi menyatakan pemimpin dan ketua kampung yang dilantik tidak dibenarkan menghadiri sebarang acara yang dianjurkan kerajaan persekutuan PH.
Arahan berkenaan berkuatkuasa serta merta.
“Arahan sedemikian jelas satu penghinaan kepada mereka,” kata Chong, yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Beliau turut mnolak dakwaan pemimpin komuniti dan ketua kampung terbabit dianggap sebagai “penjawat awam”.
“Walaupun mereka menerima elain bulanan daripada kerajaan negeri, mereka bukan penjawat awam,” katanya.
Kerajaan negeri masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung arahan itu namun pegawai pentadbir kanan memaklumkan kepada The Malaysian Insight, memandangkam mereka menerima bayaran daripada kerajaan negeri, mereka dianggap penjawat awam dan perlu mematuhi apa-apa arahan yang dikenakan ke atas mereka oleh setiausaha kerajaan negeri.
Chong berkata, sejak dilantik sebagai menteri persekutuan, beliau berdepan dua kenyataan di mana pemimpin komuniti diarahkan oleh pejabat penduduk agar tidak menghadiri acara anjuran kementeriannya.
Ia adalah sebelum memo berkenaan dikeluarkan.
Kedua-dua insiden itu berlaku di Bintulu.
Katanya, dalam satu arahan, penghulu diarahkan oleh penduduk Bintulu agar tidak menghadiri program kesedaran kementerian pengguna dan yang kedua, Ching berkata ketua rumah panjang ditekan oleh penduduk agar tidak mengadakan acara yang sama di rumah panjangnya.
Chong berkata bagi kedua-dua arahan itu, penghulu dan pemimpin masyarakat tidak mengendahkan pemintaan penduduk.
“Saya hanya mahu memaklumkan kepada Abang Jo (Ketua Menteri Abang Johari Openg) apabila kerajaan negeri bertindak tidak munasabah dan tidak rasional arahan sebegitu dari kerajaan negeri tidak akan dipatuhi majoriti masyarakat.”
Itu, Chong berkata, di mana kezaliman akhirnya akan terbentuk. – 21 Oktober, 2018
Komen