Angka kematian akibat gempa di Sichuan meningkat


Anggota tentera membawa bekalan keperluan kepada mangsa terjejas akibat gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan, China. Angka kematian semakin meningkat berikutan penemuan baru mayat oleh pasukan penyelamat.– Gambar EPA, 11 Ogos, 2017

ANGKA Kematian akibat gempa bumi di wilayah Sichuan meningkat kepada 24 orang pada Jumaat berikutan penemuan mayat mangsa, lapor media.

Seramai 493 dilaporkan cedera dalam kejadian gempa berukuran 6.5 magnitud, termasuk 45 kritikal, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat Aba dalam satu kenyataan sebelum ini berkata terdapat lebih banyak mayat ditemui di dalam bas di embah sungai Zhangzha. Namun butiran tidak dinyatakan punca sebenar yang berlaku pada bas berkenaan.

Media melaporkan sekitar 85,000 orang dipindahkan dari bandar dan perkamoungan yang dilanda gempa di mana ia turut membabitkan lokasi pelancongan taman negara yang popular Jiuzhaigou.

Kejadian gempa itu mengimbas kembali gempa berukuran 8.0 magnitud yang pernah melanda wilayah itu pada 2008 menyebabkan 87,000 orang hilang dan maut. – AFP, 11 Ogos, 2017

 

 


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen