PERKHIDMATAN Grab akan diminta supaya menggunakan kenderaan yang diluluskan oleh kerajaan, membayar insurans dan cukai seperti teksi bagi memastikan persaingan yang adil, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Buat masa ini syarikat e-panggilan juga dikehendaki mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat atau Suruhanjaya Koperasi selain memastikan kenderaan berusia lebih dari tiga tahun menjalani pemeriksaan tahunan.
Lebih daripada 50% kenderaan Grab ketika ini berusia tiga tahun ke atas.
Dalam laporan baru-baru ini, Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata Grab sedang berbincang dengan beberapa syarikat insurans berkenaan keperluan insurans baharu dan masih membuka pintu kepada mana-mana syarikat yang berminat.
Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan yang perkhidmatan e-panggilan harus menyediakan perlindungan insurans untuk pemandu, kenderaaan, penumpang serta menyediakan ganti rugi kepada phak ketiga.
Grab diberi tempoh selama setahun untuk mematuhi peraturan baharu itu. – 21 Oktober, 2018.
Komen