PIHAK berkuasa Mexico membenarkan caravan yang membawa berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak pendatang asing Hondura dari sempadan Amerika Syarikat (AS) memasuki negara itu semalam.
Tetapi ribuan lagi masih terkandas di jambatan sempadan antara Guatemala dan Mexico dengan polis rusuhan menghalang kemasukan mereka.
Duta Mexico ke Guatemala, Luis Manuel Lopez berkata kumpulan wanita dan kanak-kanak itu akan diproses oleh pihak berkuasa imigresen dan dibawa ke pusat perlindungan di bandar Tapachula, 40km dari sempadan.
Ribuan yang lain – penat menunggu di jambatan – memilih untuk menyeberangi sungai Suchiate dengan menggunakan rakit buatan dan polis tidak menghalangnya kerana mereka mendaki tebing sungai berlumpur di bahagian Mexico.
Kebanyakan antara berada di atas jambatan sempit itu lebih 24 jam di mana kepanasan dan kelaparan menambah lagi kesengsaraan mereka.
Presiden AS Donald Trump ketika berucap pada himpunan di Elko, Nevada masih dengan retoriknya terhadap pendatang asing dan berkata caravan itu berunsurkan politik.
Beliau berterima kasih kepada Mexico kerana menyekat kemaraan caravan berkenaan.
Minggu lalu, Trump mengugut untuk menghentikan bantuan ke wilayah itu, menghantar tentera dan menutup sempadan AS-Mexico jika pihak berkuasa di sana tidak menghalang caravan berkenaan.
Presiden Honduran Juan Orlando Hernandez dan rakan sejawatnya di Guatemala Jimmy Morales meneruskan agenda Trump selepas pertemuan mereka di Guatemala untuk membincangkan krisis itu semalam.
“Migrasi itu ada unsur politik,” kata Morales.
Caravan itu datang dari bandar San Pedro Sula di Hondura seminggu lalu, dengan kira-kira 2,000 orang pendatang asing yang berkumpul menerusi media sosial. – AFP, 21 Oktober, 2018.
Komen