CUACA buruk di Mont Blanc menghalang usaha mencari pendaki Jepun berusia 35 tahun yang meminta bantuan ketika menuruni puncak gunung itu, kata pasukan penyelamat tempatan.
“Tiada ruang untuk cuaca baik pagi ini dan kemungkinan sepanjang hari ini,” kata pegawainya kepada AFP.
Pasukan itu turut membuat posting di Facebook pada Khamis untuk membantu mengesan Hironobu Shimosawa, yang keluar seroang diri mendaki gunung tertinggi di Eropah itu.
Tiada sesiapa menemui Shimosawa sejak Isnin, menurut pasukan penyelamat PGHM yang berpangkalan di bandar Chamonix.
Pada Rabu dia menghantar mesej pesanan segera menerusi Facebook kepada rakannya di Jepun yang kemudiannya bertindak menghubungi PGHM dan memaklumkan Shimosawa sedang turun dari puncak namun memerlukan bantuan.
PGHM berkata, dia mungkin turun lebih 1,000 meter ketika itu.
Ketua PGHM Patrice Ribes berkata Shimosawa mungkin boleh bertahan beberapa hari dan menambah dia menemui tempat berlindung yang mempunyai bekalan air secukupnya. – AFP, 11 Ogos, 2017
Komen