Gempa 5.3 landa Laut Banda, Indonesia


Gempa terbaru itu berlaku selepas beberapa minggu gempa dan tsunami melanda Palu yang sudah membunuh lebih 2,000 orang. – Gambar EPA, 20 Oktober, 2018.

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada 5.47 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 349 kilometer dan jarak 321 kilometer selatan dari Ambon, Indonesia. 

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama, 20 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen