LEBIH banyak keganasan dijangka berlaku hari ini di Afghanistan ketika pilihan raya berlangsung di negara itu.
Sekitar 54,000 pasukan keselamatan dikerah untuk melindungi pusat-pusat mengundi yang dibuka sejak jam 7 pagi.
Namun, mereka bimbang pembunuhan ketua polis pada Khamis menyebabkan pengundi takut keluar mengundi.
Proses mengundi ditangguhkan di wilayah Kandahar selepas Taliban melakukan serangan ke atas mesyuarat keselamatan Afghanistan-Amerika Syarikat (AS) yang meragut tiga nyawa, termasuk Jeneral Abdul Raziq.
Komander tertinggi AS dan NATO di Afghanistan, Jeneral Scott Miller terselamat dalam kejadian tembakan yang turut mencederakan 13 orang.
Hampir 9 juta pengundi berdaftar dalam pilihan raya yang tertangguh selama tiga tahun dan yang ketiga sejak kejatuhan Taliban pada 2001. – AFP, 20 Oktober, 2018.
Komen